Sabtu, 17 Disember 2011

Khasiat Bunga Matahari

Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah dengan menggunakan bunga matahari, iaitu sejenis tumbuhan yang berbentuk seperti matahari dan berasal dari keluarga Compositae.

Seluruh bahagian pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus amat tinggi nilainya dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma. Bijinya digoreng atau dipanggang untuk dijadikan kuaci, dan ia juga mengandungi vitamin, fosforus, potassium protein serta minyak.

Kajian-kajian yang dibuat telah menunjukkan bahawa minyak dari biji bunga matahari ini mengandungi asid lenolenik dan gliserid yang dikatakan baik untuk menghalang hiperlipidemia dan lasterolemia. Biji-biji itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar. Ia juga dapat mengubati batuk dan radang buah pinggang.

Akarnya juga berperanan sebagai julap. Ia direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sembelit dan juga untuk mengubati sakit perut. Dalam perubatan tradisional China, bunga matahari dikatakan berkesan untuk membuang angin dan juga menyejukkan tubuh badan

Khamis, 8 Disember 2011

Khamis, 1 Disember 2011

BELAJAR MEMBINA BLOG

Pasar Minggu Banting



Kuala Langat


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.
Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga kawasan yang menarik di sini seperti Bukit Jugra, pantai Morib dan beberapa perkampungan Homestay.

Hari ini

Hari ini saya mula belajar membina blog.